Tuesday 25 August 2015

Sakit Kepala Akibat Migrain Semasa Haid

Pernahkah anda mengalami migrain semasa haid? Saya mengalami migrain sejak bujang lagi tanpa menyedari bahawa migrain yang saya alami adalah migrain haid. Saya mula menyedari yang saya hanya akan diserang migrain ketika haid selepas bersalin akan kedua. Ini adalah kerana sepanjang tempoh mengandung saya tidak pernah mengalami migrain tetapi migrain mula menyerang kembali selepas saya bersalin terutama beberapa hari sebelum haid atau semasa haid iaitu di antara hari pertama hingga hari ketiga.


Tahukah anda? Wanita mengalami migrain lebih kerap berbanding lelaki. Ini adalah kerana hormon estrogen wanita memberi kesan yang banyak pada fungsi otak, termasuk bagaimana kesakitan dialami. Ketika kanak-kanak lelaki dan perempuan masih muda, kejadian migrain di antara lelaki dan perempuan adalah lebih kurang sama. Perbezaan ketara berlaku selepas baligh iaitu apabila tahap hormon mula meningkat maka perempuan mula menderita migrain lebih berbanding lelaki.

Oleh kerana perubahan drastik dalam estrogen sekitar kitaran haid wanita, serangan migrain sering berlaku di hari sebelum atau awal kitaran haid. Horman yang berkaitan migrain dipanggil Migrain Haid atau juga dikenali sebagai Migrain Tempoh.

Apa itu migrain?

Migrain adalah gangguan kronik yang ditandai dengan terjadinya sakit kepala ringan hingga berat yang seringkali berkaitan dengan gejala-gejala sistem saraf autonomi . Kata migrain berasal dari Yunani “hemikrania”, iaitu “rasa sakit di salah satu sisi kepala”.


Jenis-jenis migrain


Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
  1. Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura. 
  2. Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura. 

Migrain yang jarang berlaku


a. Migrain semasa haid (Menstrual migraine)
Migrain yang hanya berlaku sekitar haid, tetapi tidak menyerang pada masa-masa lain.

b. Abdominal migraine
Biasanya berlaku pada kanak-kanak. Serangan adalah dalam bentuk sakit perut selama beberapa jam tanpa sakit kepala.

c. Ocular migraine
Ia menyebabkan kehilangan semua atau sebahagian daripada penglihatan pada sebelah mata, atau kadang-kadang pergerakan mata yang tidak normal.

d. Hemiplegic migraine
Serangan dalam bentuk sakit kepala dan lemah pada satu belah badan. Ia boleh menyebabkan kekeliruan dengan angin ahmar (strok).

e. Basilar-type migraine
Tanda-tandanya termasuk sakit pada bahagian belakang kepala, dan aura yang luar biasa contohnya menjadi buta secara sementara, imej berganda, pening yang memusing, dengung, pertuturan yang tidak jelas dan pening kepala.


Kejadian migrain di kalangan wanita
  • 70 peratus daripada semua penghidap migrain adalah wanita
  • 18 peratus daripada wanita mengalami migrain
  • Wanita mengalami migrain tiga kali lebih kerap berbanding lelaki
  • 5 hingga 10 peratus daripada kanak-kanak perempuan remaja mengalami migrain
  • 20 hingga 25 peratus daripada wanita dewasa berumur 30 hingga 50 adalah penghidap migrain
  • Kurang daripada 10 peratus daripada wanita menopaus mempunyai migrain
Fakta mengenai migrain semasa haid pada wanita
  1. Penggunaan pil perancang boleh mengurangkan kekerapan dan kesengsaraan migrain
  2. Migrain haid sering berlaku dua hari sebelum haid bermula
  3. Migrain haid biasanya lebih lama, lebih teruk dan lebih kerap disertai rasa loya dan muntah daripada lain-lain jenis migrain
  4. Pada kebiasaanya migrain bertambah baik dalam tempoh enam bulan terakhir kehamilan
  5. Migrain sering menjadi lebih teruk selepas bersalin iaitu selepas seorang wanita telah melahirkan anak
  6. Bagi kebanyakan wanita, migrain akan bertambah baik selepas putus haid
  7. Serangan Migrain di kalangan wanita biasanya bermula pada kali pertama haid mereka, yang juga dikenali sebagai datang haid
  8. Biasanya, serangan pertama migrain dengan aura berlaku di antara umur 12 dan 13 tahun
  9. Serangan pertama migrain tanpa aura biasanya berlaku di antara umur 14 dan 17 tahun
  10. Satu kajian ke atas lebih 18,000 wanita mendapati bahawa wanita yang sedang menggunakan HRT (Hormone-Replacement Therapy) adalah 40 peratus lebih cenderung mendapat serangan migrain pada tahun-tahun sebelumnya berbanding mereka yang tidak HRT (Hormone -Replacement Therapy)
  11. Satu kajian ke atas 155 wanita mendapati bahawa mereka adalah dua kali lebih berkemungkinan mengalami serangan migrain dalam dua hari sebelum atau tiga hari selepas permulaan haid.
Apakah kaitan migrain dengan kitar haid?





Ketika hampir datang haid, paras hormon estrogen akan menjunam turun. Migrain sebelum haid atau pra-haid akan berlaku ketika hormon estrogen dan progesteron berada di paras paling rendah.

Komplikasi


Jarang sekali, pesakit mungkin boleh mendapat angin ahmar yang berkaitan dengan serangan migrain. Sesetengah pesakit pula mungkin mendapat serangan yang sangat teruk dan berpanjangan yang dipanggil “status migrainosus”, di mana ubat tahan sakit yang lebih kuat biasanya diperlukan.


Tips atasi migrain sebelum dan ketika haid

1. Elakkan makanan yang mempunyai MSG yang tinggi, minuman dan makanan berkafein dan pemanis tiruan yang berlebihan, makanan yang mempunyai tyramin (protien yang terawet) yang tinggi, seperti keju terawet. Semakin lama keju terperam, semakin tinggi nilai tyramin.
2. Elakkan berada di tempat yang terlalu panas dan tempat yang sesak.

3. Tidur dengan cukup dan mengikut masa yang tetap setiap hari.
4. Makan mengikut waktu yang ditetapkan. 
5. Makan makanan yang mempunyai magnesium yang tinggi seperti broccoli, kekacang, bijirin dan makanan yang berserat tinggi.

Untuk mengatasi migrain dengan cara yang lebih SELAMAT, pengambilan suplimen amatlah digalakkan. Gabungan Kalsium dan Magnesium dan Vitamin B dipercayai mampu membantu masalah migrain semasa haid. Dapatkan cadangan Set Migrain anda sekarang.


Ostematrix, gabungan kalsium dan magnesium yang seimbang rationya dipercayai boleh membantu melegakan saraf dan otot.

Ion kalsium yang diserap masuk ke dalam otot saraf boleh menghalang perubahan pada saiz saraf serta membantu mengurangkan denyutan sakit yang dialami oleh pesakit migrain.





B Complex, Vitamin B2, B6, B12 dan asid folik juga boleh menbantu. Menurut mercola.com, dalam satu kajian pada 2007, seramai 52 orang pesakit migrain diberi supplemen ini melaporkan 50% penurunan kekerapan untuk migraine berlaku dalam tempoh 6 bulan.









Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Rozie
♥ SMS/WhatsApp: 013-5494488
♥ Fb: www.facebook.com/vitabeautyfood sila klik LIKE untuk info terkini

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya pun amalkan kedua produk ni. Memang berkesan! :)

    ReplyDelete