This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Tuesday, 25 August 2015

Sakit Kepala Akibat Migrain Semasa Haid

Pernahkah anda mengalami migrain semasa haid? Saya mengalami migrain sejak bujang lagi tanpa menyedari bahawa migrain yang saya alami adalah migrain haid. Saya mula menyedari yang saya hanya akan diserang migrain ketika haid selepas bersalin akan kedua. Ini adalah kerana sepanjang tempoh mengandung saya tidak pernah mengalami migrain tetapi migrain mula menyerang kembali selepas saya bersalin terutama beberapa hari sebelum haid atau semasa haid iaitu di antara hari pertama hingga hari ketiga.


Tahukah anda? Wanita mengalami migrain lebih kerap berbanding lelaki. Ini adalah kerana hormon estrogen wanita memberi kesan yang banyak pada fungsi otak, termasuk bagaimana kesakitan dialami. Ketika kanak-kanak lelaki dan perempuan masih muda, kejadian migrain di antara lelaki dan perempuan adalah lebih kurang sama. Perbezaan ketara berlaku selepas baligh iaitu apabila tahap hormon mula meningkat maka perempuan mula menderita migrain lebih berbanding lelaki.

Oleh kerana perubahan drastik dalam estrogen sekitar kitaran haid wanita, serangan migrain sering berlaku di hari sebelum atau awal kitaran haid. Horman yang berkaitan migrain dipanggil Migrain Haid atau juga dikenali sebagai Migrain Tempoh.

Apa itu migrain?

Migrain adalah gangguan kronik yang ditandai dengan terjadinya sakit kepala ringan hingga berat yang seringkali berkaitan dengan gejala-gejala sistem saraf autonomi . Kata migrain berasal dari Yunani “hemikrania”, iaitu “rasa sakit di salah satu sisi kepala”.


Jenis-jenis migrain


Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
  1. Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura. 
  2. Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura. 

Migrain yang jarang berlaku


a. Migrain semasa haid (Menstrual migraine)
Migrain yang hanya berlaku sekitar haid, tetapi tidak menyerang pada masa-masa lain.

b. Abdominal migraine
Biasanya berlaku pada kanak-kanak. Serangan adalah dalam bentuk sakit perut selama beberapa jam tanpa sakit kepala.

c. Ocular migraine
Ia menyebabkan kehilangan semua atau sebahagian daripada penglihatan pada sebelah mata, atau kadang-kadang pergerakan mata yang tidak normal.

d. Hemiplegic migraine
Serangan dalam bentuk sakit kepala dan lemah pada satu belah badan. Ia boleh menyebabkan kekeliruan dengan angin ahmar (strok).

e. Basilar-type migraine
Tanda-tandanya termasuk sakit pada bahagian belakang kepala, dan aura yang luar biasa contohnya menjadi buta secara sementara, imej berganda, pening yang memusing, dengung, pertuturan yang tidak jelas dan pening kepala.


Kejadian migrain di kalangan wanita
  • 70 peratus daripada semua penghidap migrain adalah wanita
  • 18 peratus daripada wanita mengalami migrain
  • Wanita mengalami migrain tiga kali lebih kerap berbanding lelaki
  • 5 hingga 10 peratus daripada kanak-kanak perempuan remaja mengalami migrain
  • 20 hingga 25 peratus daripada wanita dewasa berumur 30 hingga 50 adalah penghidap migrain
  • Kurang daripada 10 peratus daripada wanita menopaus mempunyai migrain
Fakta mengenai migrain semasa haid pada wanita
  1. Penggunaan pil perancang boleh mengurangkan kekerapan dan kesengsaraan migrain
  2. Migrain haid sering berlaku dua hari sebelum haid bermula
  3. Migrain haid biasanya lebih lama, lebih teruk dan lebih kerap disertai rasa loya dan muntah daripada lain-lain jenis migrain
  4. Pada kebiasaanya migrain bertambah baik dalam tempoh enam bulan terakhir kehamilan
  5. Migrain sering menjadi lebih teruk selepas bersalin iaitu selepas seorang wanita telah melahirkan anak
  6. Bagi kebanyakan wanita, migrain akan bertambah baik selepas putus haid
  7. Serangan Migrain di kalangan wanita biasanya bermula pada kali pertama haid mereka, yang juga dikenali sebagai datang haid
  8. Biasanya, serangan pertama migrain dengan aura berlaku di antara umur 12 dan 13 tahun
  9. Serangan pertama migrain tanpa aura biasanya berlaku di antara umur 14 dan 17 tahun
  10. Satu kajian ke atas lebih 18,000 wanita mendapati bahawa wanita yang sedang menggunakan HRT (Hormone-Replacement Therapy) adalah 40 peratus lebih cenderung mendapat serangan migrain pada tahun-tahun sebelumnya berbanding mereka yang tidak HRT (Hormone -Replacement Therapy)
  11. Satu kajian ke atas 155 wanita mendapati bahawa mereka adalah dua kali lebih berkemungkinan mengalami serangan migrain dalam dua hari sebelum atau tiga hari selepas permulaan haid.
Apakah kaitan migrain dengan kitar haid?





Ketika hampir datang haid, paras hormon estrogen akan menjunam turun. Migrain sebelum haid atau pra-haid akan berlaku ketika hormon estrogen dan progesteron berada di paras paling rendah.

Komplikasi


Jarang sekali, pesakit mungkin boleh mendapat angin ahmar yang berkaitan dengan serangan migrain. Sesetengah pesakit pula mungkin mendapat serangan yang sangat teruk dan berpanjangan yang dipanggil “status migrainosus”, di mana ubat tahan sakit yang lebih kuat biasanya diperlukan.


Tips atasi migrain sebelum dan ketika haid

1. Elakkan makanan yang mempunyai MSG yang tinggi, minuman dan makanan berkafein dan pemanis tiruan yang berlebihan, makanan yang mempunyai tyramin (protien yang terawet) yang tinggi, seperti keju terawet. Semakin lama keju terperam, semakin tinggi nilai tyramin.
2. Elakkan berada di tempat yang terlalu panas dan tempat yang sesak.

3. Tidur dengan cukup dan mengikut masa yang tetap setiap hari.
4. Makan mengikut waktu yang ditetapkan. 
5. Makan makanan yang mempunyai magnesium yang tinggi seperti broccoli, kekacang, bijirin dan makanan yang berserat tinggi.

Untuk mengatasi migrain dengan cara yang lebih SELAMAT, pengambilan suplimen amatlah digalakkan. Gabungan Kalsium dan Magnesium dan Vitamin B dipercayai mampu membantu masalah migrain semasa haid. Dapatkan cadangan Set Migrain anda sekarang.


Ostematrix, gabungan kalsium dan magnesium yang seimbang rationya dipercayai boleh membantu melegakan saraf dan otot.

Ion kalsium yang diserap masuk ke dalam otot saraf boleh menghalang perubahan pada saiz saraf serta membantu mengurangkan denyutan sakit yang dialami oleh pesakit migrain.





B Complex, Vitamin B2, B6, B12 dan asid folik juga boleh menbantu. Menurut mercola.com, dalam satu kajian pada 2007, seramai 52 orang pesakit migrain diberi supplemen ini melaporkan 50% penurunan kekerapan untuk migraine berlaku dalam tempoh 6 bulan.









Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Rozie
♥ SMS/WhatsApp: 013-5494488
♥ Fb: www.facebook.com/vitabeautyfood sila klik LIKE untuk info terkini

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 24 August 2015

ANAK SIHAT DAN LEBIH BIJAK DENGAN OMEGA GUARD DAN VITA LEA FOR CHILDREN



Bermain tidak boleh dipisahkan dengan kanak-kanak kerana bermain adalah dunia mereka. Dalam proses perkembangan kanak-kanak yang masih muda, perkembangan kognitif dan sosialisasi seseorang kanak-kanak dapat dilihat semasa mereka bermain. Bagi mengelakkan anak-anak berkepit dengan gajet ataupun menghadap televisyen sahaja saya memberi mereka kebebasan bermain di luar rumah dengan pengawasan.



Apabila sudah bermain di luar rumah, sudah pasti anak-anak akan mencapai apa sahaja. Tanah, pasir, batu, rumput, daun dan sebagainya. Mereka juga akan terdedah dengan habuk, debu dan cuaca panas. Oleh itu, bagi memastikan anak-anak mempunyai sistem pertahanan diri yang kuat saya berikan mereka Omega Guard dan juga Vita Lea For Children. Apa yang saya dapat lihat anak-anak saya lebih kreatif, kalau tak percaya lihat saya gambar di atas (hehehe).

Selain daripada itu, melalui bermain juga kita boleh mengesan sama ada anak tersebut menghidap autism atau ADHD.

Kenapa saya berikan anak-anak Omega Guard dan Vita Lea For Children?   

Omega Guard

1. Membantu mengatasi masalah asthma

Omega 3 membantu mengurangkan keradangan dalam saluran udara paru-paru. Justeru ini mengurangkan serangan asthma di kalangan kanak-kanak, malahan orang dewasa


2. Membantu dalam pembelajaran

Satu kajian mendapati 40% pelajar yang mengambil nutrisi kaya dengan Omega 3 menunjukkan peningkatan mendadak dalam aspek pembelajaran, membaca dan fokus dalam pembelajaran.

3. Membantu memperbaiki tingkahlaku


Kajian juga mendapati kanak-kanak yang mengalami masalah tingkahlaku seperti ADHD dan lain-lain mengalami perubahan drastik selepas pengambilan makanan tambahan Omega 3.

 4. Meningkatkan pertahanan badan Omega 3 membantu meningkatkan pertahanan badan kanak-kanak.

5. Mengatasi masalah mengantuk dan hilang tumpuan Omega 3 membantu meningkatkan fokus dalam pembelajaran.


Vita Lea For Children


1. Mengandungi


  • 18 jenis vitamin dan mineral perlu.
  • 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
  • Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain.


2. Formula yang diperbaharui berbanding yang lama.

3. Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.

4. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.

5. Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya!

6. Multivitamin kanak-kanak terbaik di pasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.

7. Sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun terutama yang tidak suka makan sayur.
  
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Rozie

♥ SMS/WhatsApp: 013-5494488
♥ Fb: www.facebook.com/vitabeautyfood sila klik LIKE untuk info terkini


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday, 17 May 2014

Mealshake makanan segera yang sihat

Rasanya masih belum terlambat untuk saya berkongsi promosi dari Shaklee Malaysia Sdn Bhd untuk bulan Jun ni. Mealshake (buy 6 free 1). Yaa.. Mealshake adalah makanan segera yang sihat. Biasa orang kata makanan segera atau fastfood ni tidak baik diamalkan. Apalagi bila diambil oleh kanak-kanak. Tapi berbeza dengan produk Shaklee ni. 'Segera' disini bermaksud ianya segera diserap. Protin berkualiti tinggi dan mudah diserap dalam tubuh manusia dari kanak-kanak hingga dewasa.

Mealshake ini juga sebenarnya adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang mana ianya mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran yang sihat. Merupakan sumber terbaik serat dan protin. Membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan.. Index glisemik rendah membuatkan glokosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan sel badan.



Rugi rasanya kalau tak beli Mealshake masa promosi ni. Kalau anak sorang saja yang ambil. Setin boleh tahan 2 ke 3 bulan..Kalau sekeluarga yang ambil (ibu, ayah dan anak-anak 2-3 orang) boleh tahan sebulan. Jangka hayat Mealshake (expired) tak lama bagi menjamin kesegarannya namun tak rugi kalau beli 1 set (buy 6 free 1). Sebab boleh simpan stok untuk setengah tahun. Kalau tak, boleh pakat2 dengan kawan2 beli. Hehe..

Nak share sedikit fakta tentang Mealshake. Jom baca.. Pasti menarik dan best..

6 fakta tentang Mealshake:

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z , mineral dan ‘Trace Mineral’. Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin2 dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-Sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ2, darah, sel2 imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protin juga penting untuk penghasilan susu badan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel2 dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuh besaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6. Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Macam mana?? Bestkan.. Nak tau lebih lagi?? Jom sambung baca lagi..

Antara kebaikan Mealshake untuk kanak-kanak ialah : 

  • Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak .
  • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas. 
  • Sesuai untuk seisi keluarga.
  • Boleh menjadi instant sahur meal / breakfast sekeluarga. 
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral.
  • Serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Mealshakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak.
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan. 
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. 
  • Meningkatkan selera makan anak. 
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa. 
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplemen berbentuk "tablet".
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak.
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti.


Memang bestkan.. Sebagai ibu kita sememangnya mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Mungkin anda juga patut cuba Mealshake Shaklee.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Rozie
♥ SMS/WhatsApp: 013-5494488
♥ Fb: www.facebook.com/vitabeautyfood sila klik LIKE untuk info terkini

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.