Thursday 4 December 2014

SR Vita C Plus Dan Vita E Complex Shaklee Untuk Kecantikan Dari Dalam Hingga Ke Luar

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.. Bertemu kita di bulan baru, bulan Disember. Sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung tahun 2014. Masih banyak yang belum tercapai dan masih berusaha untuk menggapai apa yang dicita.

Lupakan seketika kisah impian dan cita. Disember ini bulan yang amat mengujakan bagi saya dan juga semua yang ternantikan tawaran promosi Shaklee. Memang meletops.. Promosi berganda Shaklee untuk Sustained Release Vita C Plus 500mg dan Vita E Complex amat mengujakan dan ditunggu-tunggu oleh semua. Apa tidaknya gabungan Sustained Release Vita C Plus 500mg dan Vita E Complex amat sinonim dengan kecantikan dari dalam hingga ke luar.

Memandangkan saya telah menulis entri tentang Vita E Complex pada entri yang lepas maka hari ini saya akan bercerita tentang kebaikan Sustained Release Vita C Plus 500mg pula.



Apa itu vitamin C?

Vitamin C juga dipanggil sebagai ascorbic acid (asid askorbik). Keperluan minima yang disyorkan, seperti yang digariskan oleh USRDA (United Stated Recommended Daily Allowance) ialah 60mg sahaja sehari. Bagaimanapun, untuk kesan-kesan baik yang maksimum, pengambilan vitamin C dalam dos yang lebih tinggi adalah disyorkan.



Vitamin C sangat tidak stabil. Oleh itu ia mudah rosak bila terdedah kepada pencemaran, stress, proses oxidasi (seperti terdedah kepada udara), merokok dan sebagainya. Vitamin C tidak dibuat oleh sel-sel badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luaran adalah penting.

Vitamin C larut di dalam air. Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh. Pengambilan yang berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan di dalam badan tidak menjadi rendah.



Apakah fungsi vitamin C untuk badan manusia?

  • Membantu meningkatkan immune system
  • Mempercepat proses penyembuhan luka dan demam
  • Penting dalam pembentukan kolagen yang merupakan ‘gam’ bagi sel
  • Penting untuk kesihatan gusi dan gigi
  • Merupakan antioksidan bagi melawan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel
  • Membantu dalam proses penghadaman
  • Membantu mengembalikan hormone stress dan memastikan fungsi kelenjar adrenal berjalan dengan sempurna.
  • Bertindak sebagai antikimia yang menjadi racun seperti nitrates dan nitrates
  • Menghadkan ‘oxidation’ terhadap kolesterol jenis jahat LDC cholesterol.
  • Membantu memulihkan selesema, resdung
  • Mencegah penyakit barah
  • Sebagai ‘Protector gate’ untuk mengelakkan badan mudah dijangkiti/terkena penyakit


Kesan Kekurangan Vitamin C?
  • Gusi yang sentiasa berdarah (kurang pembentukan kolagen)
  • Tanda2 lebam pada badan (salur darah lemah)
  • Luka lambat sembuh
  • Sering letih, lemah
  • Anemia
  • Salur darah mengecil dan mudah runtuh
  • Rambut gugur
  • Sakit sendi
  • Darah dalam mata
  • Kulit kering dan gatal
  • Depression
  • Exzema
  • Kurang selera makan
  • Masalah pencernaan
  • Hilang berat badan

Siapa yang memerlukan vitamin C?

Ada beberapa kumpulan manusia yang mempunyai kandungan vitamin C yang lebih rendah di dalam badan mereka:
  • perokok. Sebatang rokok boleh memusnahkan 25mg vitamin C di dalam badan. Kajian ke atas air kencing perokok yang menghisap lebih daripada 20 batang rokok mendapati tidak ada (atau hanya sedikit) kandungan vitamin C yang ada.
  • pesakit kencing manis. Pesakit ini banyak kehilangan vitamin C melalui kencing yang kerap. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil vitamin C pun masih lagi mengalami kandungan vitamin C yang rendah. Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara gula dan vitamin C. Pesakit kencing manis juga mendapati kandungan collagen mereka yang kurang menyebabkan proses penyembuhan luka terjejas. Perubahan-perubahan yang terjadi pada protein dan ‘free radicals’ menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti cataracts, atherosclerosis, kerosakan saraf dan kerosakan buah pinggang. Pengambilan vitamin C dapat membantu dalam keadaan-keadaan di atas.
  • pesakit kanser.
  • orang yang banyak minum minuman beralkohol.
  • pesakit rheumatoid arthritis.
  • ahli sukan yang melakukan aktiviti lasak. Mereka banyak kehilangan vitamin B kompleks dan vitamin C disebabkan oleh aktivit-aktiviti ini, di samping pendedahan yang lebih pada cuaca panas (berpeluh – jadi kehilangan vitamin C) dsb.
  • pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti selsema, batuk, jangkitan kuman dsb.
  • pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang, aspirin dan anti-biotik.
  • pesakit yang sedang dirawat di hospital atau mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan.

Kenapa Vitamin C Sustained Release Vita C 500mg Shaklee
  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7 biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavinoids’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg (elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
  • Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah( Untuk kanak2)
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Rozie
♥ SMS/WhatsApp: 013-5494488
♥ Fb: www.facebook.com/vitabeautyfood sila klik LIKE untuk info terkini




0 comments:

Post a Comment