Monday 6 October 2014

ESP SEBAGAI MILK BOOSTER UNTUK IBU MENYUSU

Assalamualaikum wrwbth..

ESP dan saya

Kali ni saya nak kongsi pengalaman sendiri bagaimana ESP membantu saya membanyakkan air susu.. Saya mula consume ESP semasa bersalin Nur Irdina Arissa iaitu anak kedua lagi.. Hasilnya amat mengembirakan.. Untuk pengetahuan semua, anak pertama saya (Nur Diyana Aleesya) hanya BF 4 bulan sahaja.. Bukan disebabkan air susu merundum tetapi selepas bersalin anak pertama saya mengalami alergik yang sangat teruk pada jari tangan saya.. Disebabkan tidak tahan dengan rasa gatal pada jari yang semakin membengkak dan pecah2 saya telah berjumpa dengan doktor pakar kulit.. Oleh kerana saya perlu makan ubat untuk alergik, doktor telah sarankan agar saya tidak menyusukan baby kerana dikuatiri akan memberi kesan pada baby..

Alergik

Saya telah mengikut saranan doktor pakar tersebut dan berhenti menyusukan Aleesya selama seminggu.. Bila telah tamat tempoh pengambilan ubat alergik tersebut saya pun mula menyusukan Aleesya.. Namun saya amat sedih bila Aleesya reject untuk BF lagi dengan saya dan kecewa kerana alergik yang saya alami tidak baik pun.. Rasa bersalah menyelubungi diri kerana Aleesya hanya dapat menyusu 4 bulan sahaja.. Tambahan pula pengetahuan tentang cara-cara BF amat kurang pada masa tu..
  
ESP Milk Booster

Bila mengandung anak kedua saya tekad untuk menyusukan anak yang bakal lahir nanti sehingga umurnya genap 2 tahun kerana ingin menebus rasa bersalah pada Aleesya dahulu.. Selepas Irdina lahir, azam saya amat kuat.. Siap beli double pump lagi.. Hehe.. Tapi sekali lagi saya dilanda kebimbangan bila saya mula bekerja selepas 2 bulan cuti bersalin.. Bila suda mula bekerja air susu saya mula berkurangan disebabkan kurang rehat dan stress di tempat kerja.. Pada masa itulah saya diperkenalkan ESP Shaklee oleh seorang rakan sekerja kerana beliau pun mengambil ESP.. Alhamdulillah.. Syukur sangat2 setelah consume ESP dan Alfalfa air susu kembali meriah.. Bila pump pun hati banyak senang bila boleh dapat 4oz /5oz sebotol sekali pump.. Rezeki Irdina nampaknya.. 

Cara Minum ESP

ESP ni boleh diambil sekali atau 2 kali sehari.. Sukatannya, satu sudu besar (sudu makan) dicampur dengan minuman kegemaran anda.. Yang paling penting, ESP hendaklah bancuh  dengan air sejuk atau air suam.. Jangan guna air panas kerana air panas akan  merosakkan zat yang ada pada protin ESP.. Biasanya saya minum ESP dicampur dengan milo semasa sarapan atau sebelum tidur dan dengan jus atau Bliss untuk lunch atau tea break sebelah petang.. Memang Yummy..



Kenapa Susu Merundum Semula??

Bila Irdina masuk usia 9 bulan air susu merundum semula.. Saya hairan dan bimbang.. Tiap hari ambil ESP pun air susu makin kurang.. Rupa2nya tu tanda Irdina akan dapat adik.. Haha.. Rezeki dari Allah S.W.T. Memang tak rancang langsung kali ini cepat pula dapat rezeki untuk dapat anak ketiga..

Ok, sampai sini sahaja cerita saya dan ESP untuk post kali ini.. Sampai jumpa lagi di post saya yang akan datang.. In sha Allah, malam besok.. Nak tahu cerita selanjutnya, stay tune ya..


Sebelum saya mengundur diri, kalau ada sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Rozie
♥ SMS/WhatsApp: 013-5494488
♥ Fb: www.facebook.com/vitabeautyfood sila klik LIKE untuk info terkini

0 comments:

Post a Comment